Thursday 13 September 2012

Gangguan Jin


Gangguan Pancaindera

Keadaan ini biasanya berlaku kepada orang yang menuntut ilmu batin ataupun ajaran sesat.Orang yang terkena sihir juga mengakami perkara yang sama.Gangguan biasanya berlaku apabila alam realiti atau alam nyata diubah bentuk oleh jin jin jahat kepada bentuk khayalan atau ilusi.Sebagai contoh,sihir adalah seperti ketika Nabi musa mennetang para ahli sihir firaun yang mana tali ditukar menjadi ular,padahal itu adalah sihir khayalan sahaja.
                Contoh yang lainj pula adalah seperti David Copperfield menghilang bangunan dan kapal terbang dalam pertunjukan silap matanya.Dalam sebuah kisah benar didalam majalah perihal pengakuan seorang kiyai di Indonesia yang pernah mengamalkan ilmu batin tetapi sudah bertaubat.Semasa beliau aktif mengamalkan ajaran sesat itu,jin jin peliharaan beliau kononnya kerap membawanya ke Mekah usai beliau membacakan amalan tertentu didalam kamarnya.
   Ada suatu kejadian yang mana beliau kononnya di bawa ke Mekah ketika beliau sudah tertidur.Apabial terjaga,beliau mendapati yang dirinya bukan berada di Mekah tetapi di sebuah candi Hindu kuno.Selepas kejadian itu,beliau berasa insaf dan kembali semual kepada ajaran islam yang sebenar.Saya berpendapat,beliau sebenarnya tertipu dengan syaitan dan iblis.Pada peringkat tinngi syaitan dan iblis menukarkan pandangan beliau seolah olah berada di Mekah,padahal itu semua adalah mainan khayalan yang direka cipta oleh mereka.

Apa itu Kasturi

Anda pernah dengar tentang kasturi?Baiklah mungkin ramai tak pernah dengar tentang kasturi atau ada yang tidak pernah dengar tentang kasturi tetapi sering mendengarnya melalui bait-bait lagu atau hadis yang bermaksud “Bau Mulut orang yang berpuasa itu harum bagai kasturi”. Jadi apakah sebenarnya kasturi?
Kasturi adalah wangian yang diperolehi daripada haiwan. Mengikut kajian di dunia ini hanya terdapat 5 haiwan yang mampu menghasilkan kasturi. Iaitu Kijang, Lembu, Musang, Kura-kura dan Tikus (“Ondatra Ziberticus”).
Dari mana datangnya kasturi dari Haiwan?
Baiklah kasturi haiwan ini berasal daripada bahagian kelenjar haiwan jantan terutama kelenjar berdekatan kawasan genital.

Ini menunjukkan keratan rentas organ pembiakan jantan kijang. Jika dilihat t adalah skrotum dan kelenjar yang menyimpan kasturi adalah bertanda “pr”. Kelenjar ini akan dikeluarkan dari kijang dan akan kelihatan seperti berikut



Inilah yang dinamakan Kasturi atau dalam bahasa Inggerisnya Musk. Ianya digunakan untuk membuat minyak wangi.

Industri Minyak wangi telah menyebabkan haiwan seperti kijang diburu dengan sesuka hati dan kini haiwan ini diletakkan dalam haiwan kawalan. Namun di China dan beberapa negara telah mengambil inisiatif untuk menternak haiwan ini dan menggunakan teknologi dimana pengambilan kasturi ini diambil tanpa membunuh haiwan itu sendiri. Ini merupakan perkembangan teknologi yang baik dalam industry minyak wangi.

Berubat secara Islam

Dalam melangkah ke alam teknologi penuh canggih,pelbagai tahyul dan khurafat masih menghatui kehidupan manusia yang merobek keharmonian hidup.Di celah kegigihan manusia mengejar harta dan kemajuan,terdapat juga segelintir masyarakat yang menyalahgunakan ilmu ghaib bagi kepentingan sendiri.Penggunaan hantu,jin dan syaitan dalam amalan sihir dan perdukunan masih berleluasa .Tanpa disedari perbuatan seperti ini menjerumuskan pengamalnya dan mereka yang melanggannya ke kancah kekufuran.Islam tidak hanya terbatas kepada dunia zahir atau dunia kasar yg kita huni ini,malah merangkumi dunia halus yg yang didiami oleh makhluk makhluk Allah yang lain seperti jin dan syaitan.Justeru,Islam mengiktirafkan makhluk makhluk ini walaupun sains dan teknologi manusia menafikannya.Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada umat Islam bagaiman berhadapan dengan makhluk ghaib ini.Tidak terkesan dengan peralatan zahir yg kita miliki,doa dan ruqyah(jampi) yang beliau ajarkan adalah senjata terbaik bagi menangani mereka.
         Dengan itu,mereka yang menghadapi gangguan daripada golongan ini tidak perlu gusar bagi mendapatkan pertolongan dukun atau pawang yang kadang kala mengamalkan amalan syirik dan berdosa.Ruqyah atau jampi yang diajarkan oleh Rasullullah SAW sudah tentu bersumberkan wahyu yang tidak akan lari daripada landasan akidah yg lurus.Selain bertujuan menyekat dan menghapuskan serangan ghaib,ruqyah juga boleh digunakann bagi memulihkan masalah fizikal seperti demam,disengat binatang berbisa dan keracunan.kolaborasi terapi ruqyah dan perubatan moden InsyaAllah dapat meningkatkan tahap kesembuhan pesakit.Menggunakan ayat ayat Alquran serta zikir dan ruqyahjuga terbukti berkesan merawat masalah gangguan psikologi.Kajian saintifik sendiri mengakui rawatan rohani memberi kesan yang besar terhadap keafiatan jasmani.
      Menyedari besar manfaat ruqyah ini kepada umat islam,maka diilhamkan Allah kepada kami, satu produk  iaitu KASTURI SYIFA' salah satu alat ikhtiar dan bantuan kepada masyarakat umumnya.Dengan kaifiat (cara penggunaan) yg mengajak masyarakat memohon kepada Allah dengan istighfar,ayatul kursi,alfatihah dan memohon hajat kepada Allah.Semoga Allah memandang usaha kami yg sedikit ini dalam membantu masyarakat hidup dalam ketenangan dan dapat menyempurnakan ibadah kepadaNYA.
     Besar harapan bagi kami agar dengan penggunaan KASTURI SYIFA' ini,memberikan kesedaran dan ikhtiar kepada pengguna dan masyarakat bagi meneruskan khazanah perubatan yg bernilai ini.Akhirnya,kepada Allah kami memohon agar usaha yg sekecil ini dipandang dan dibantu dengan izinNYA.