Thursday 13 September 2012

Apa itu Kasturi

Anda pernah dengar tentang kasturi?Baiklah mungkin ramai tak pernah dengar tentang kasturi atau ada yang tidak pernah dengar tentang kasturi tetapi sering mendengarnya melalui bait-bait lagu atau hadis yang bermaksud “Bau Mulut orang yang berpuasa itu harum bagai kasturi”. Jadi apakah sebenarnya kasturi?
Kasturi adalah wangian yang diperolehi daripada haiwan. Mengikut kajian di dunia ini hanya terdapat 5 haiwan yang mampu menghasilkan kasturi. Iaitu Kijang, Lembu, Musang, Kura-kura dan Tikus (“Ondatra Ziberticus”).
Dari mana datangnya kasturi dari Haiwan?
Baiklah kasturi haiwan ini berasal daripada bahagian kelenjar haiwan jantan terutama kelenjar berdekatan kawasan genital.

Ini menunjukkan keratan rentas organ pembiakan jantan kijang. Jika dilihat t adalah skrotum dan kelenjar yang menyimpan kasturi adalah bertanda “pr”. Kelenjar ini akan dikeluarkan dari kijang dan akan kelihatan seperti berikut



Inilah yang dinamakan Kasturi atau dalam bahasa Inggerisnya Musk. Ianya digunakan untuk membuat minyak wangi.

Industri Minyak wangi telah menyebabkan haiwan seperti kijang diburu dengan sesuka hati dan kini haiwan ini diletakkan dalam haiwan kawalan. Namun di China dan beberapa negara telah mengambil inisiatif untuk menternak haiwan ini dan menggunakan teknologi dimana pengambilan kasturi ini diambil tanpa membunuh haiwan itu sendiri. Ini merupakan perkembangan teknologi yang baik dalam industry minyak wangi.

No comments:

Post a Comment