Thursday 13 September 2012

Gangguan Jin


Gangguan Pancaindera

Keadaan ini biasanya berlaku kepada orang yang menuntut ilmu batin ataupun ajaran sesat.Orang yang terkena sihir juga mengakami perkara yang sama.Gangguan biasanya berlaku apabila alam realiti atau alam nyata diubah bentuk oleh jin jin jahat kepada bentuk khayalan atau ilusi.Sebagai contoh,sihir adalah seperti ketika Nabi musa mennetang para ahli sihir firaun yang mana tali ditukar menjadi ular,padahal itu adalah sihir khayalan sahaja.
                Contoh yang lainj pula adalah seperti David Copperfield menghilang bangunan dan kapal terbang dalam pertunjukan silap matanya.Dalam sebuah kisah benar didalam majalah perihal pengakuan seorang kiyai di Indonesia yang pernah mengamalkan ilmu batin tetapi sudah bertaubat.Semasa beliau aktif mengamalkan ajaran sesat itu,jin jin peliharaan beliau kononnya kerap membawanya ke Mekah usai beliau membacakan amalan tertentu didalam kamarnya.
   Ada suatu kejadian yang mana beliau kononnya di bawa ke Mekah ketika beliau sudah tertidur.Apabial terjaga,beliau mendapati yang dirinya bukan berada di Mekah tetapi di sebuah candi Hindu kuno.Selepas kejadian itu,beliau berasa insaf dan kembali semual kepada ajaran islam yang sebenar.Saya berpendapat,beliau sebenarnya tertipu dengan syaitan dan iblis.Pada peringkat tinngi syaitan dan iblis menukarkan pandangan beliau seolah olah berada di Mekah,padahal itu semua adalah mainan khayalan yang direka cipta oleh mereka.

No comments:

Post a Comment